KONGSI REZEKI RAMADHAN BUBUR LAMBUK SUMBANGAN NESTLE MALAYSIA

KELANTAN- PACSU Cawangan Kelantan telah mendapat sumbangan bubur lambuk daripada Nestle (MAGGI) sebanyak 680 pek dan 7 balang air daripada warga PACSU Cawangan Kelantan serta kurma kepada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis Kelantan sempena bulan Ramadhan. Satu perjumpaan telah dibuat pada 29.03.2023 di antara Puan Pengerusi PACSU Kelantan dengan Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan mengenai program ini. Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan telah turun padang bagi melancarkan pengagihan bubur lambuk tersebut.

Program sumbangan Ramadhan ini telah dibuat di dua tempat iaitu di Perkarangan IPD Kota Bharu pada 30.03.2023 hari Khamis jam 5.00 petang. Majlis Penyerahan daripada Nestle (MAGGI) di IPD Kota Bharu telah disempurnakan oleh Ydh Ketua Polis Daerah Kota Bharu.

Manakala di IPK Kelantan pula pada 04.04.2023 hari Selasa jam 3.00 petang. Penyerahan daripada Nestle (MAGGI) telah disempurnakan oleh Ydh Commisioner Police Dato’ Muhamad Zaki bin Haji Harun, Ketua Polis Kelantan. Turut hadir DCP Dato’ Azman bin Ayob, Timbalan Ketua Polis Kelantan,  En. Awang bin Abdullah, Manager East Coast Region NESTLE Malaysia, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid bin Idris, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, SAC Salim bin Youb, Ketua Cawangan Khas Kelantan, Ketua-ketua Jabatan serta warga PDRM IPK Kelantan. Majlis berjalan lancar dengan jayanya. PACSU Cawangan Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

#PDRMKelantanCemerlangCLASS

#poliskontinjenkelantan

#kongsirezekiRamadhan

#nestleMalaysia

 

HoneyDEW

PACSU Kelantan

 

,