LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan – Seremban 7 April 2023 – Saudari Marinee bt Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bersama Saudari Nuraini bt Razali, Bendahari PACSU Negeri Sembilan turut bersama AJK Saudara Azrol bin Khulan dan Saudara Saiful telah membuat lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Caw. Negeri Sembilan iaitu Saudara Firdaus yang bertugas di IPD Kuala Pilah kerana mengalami kemalangan semasa menjalankan tugas menebas / memesin rumput di kawasan perumahan Pegawai Kanan IPD Kuala Pilah. Saudra Firdaus mengalami kecedaraan patah jari kaki dan kini kaki beliau sudah pun bersimen. Dalam lawatan ini Saudari Marinee bt Mohamad, Pengerusi PACSU Caw NS telah menghulurkan sedikit sumbangan dari PACSU N.Sembilan bagi membantu serta meringankan bebanan yg dihadapi oleh Saudara Firdaus. Semoga Saudara Firdaus diberi kesembuhan dan dapat menghadiri kerja seperti biasa.

,