SAMBUTAN SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KALI KE -216 TAHUN 2023

KELANTAN- 20.03.2023 (Isnin), suasana Sambutan Sempena Peringatan Hari Polis kali ke -216 bagi tahun 2023 di Kontinjen Kelantan. Majlis disambut awal dari kebiasaan memandangkan tarikh keramat 25 Mac pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Tarikh keramat 25 Mac disambut bagi mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira PDRM yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Tema Hari Polis pada tahun ini masih lagi meneruskan Konsep Kepolisan masyarakat ke arah matlamat mewujudkan persekitaran sifar jenayah seiring dengan ” Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada “. Syabas dan tahniah kepada PACSU Cawangan Kelantan kerana bersama-sama melibatkan diri secara langsung dalam majlis ini terutama persembahan Koir Peringkat Kontinjen Kelantan. Begitulah kata ibarat PACSU adalah tulang belakang PDRM.

Sumber :

FB Polis Kontinjen Kelantan
FB Nora AdamZara

Editor Kelantan Honeydew
#PDRMKelantanCemerlangCLASS
#PACSUKelantanGEMILANG
#Koirthevoiceofexcellent
HoneyDEW
PACSU Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

,