SAMBUTAN HARI PEKERJA 2023

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbang menyerapkan kira-kira 30,000 kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun secara ‘one off’ ke dalam sektor awam.

Presiden CUEPACS, Dato’ Adnan Mat, berkata CUEPACS menerima aduan daripada kakitangan kontrak berkenaan isu itu dan ia sudah pun dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, satu dasar berhubung kakitangan kontrak sudah diluluskan kerajaan bagi membolehkan mereka diberi jawatan tetap apabila sudah berkhidmat 15 tahun ke atas, katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2023 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

Majlis sambutan kali ini telah dirasmikan oleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr Zulkapli Mohamed. Turut hadir bersama, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan. Seramai 800 peserta hadir pada majlis kali ini bertemakan “Pekerja Berintegriti Tunjang Negara Madani”.

Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) juga turut menghantar wakil bagi menghadiri majlis sambutan tersebut. Antara yang hadir adalah Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden), Tn Hj. Mohd Zaki bin Mahmood (Timb. Presiden), Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor (Naib. Presiden), Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Setiausaha Agung), Ym Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung), Sdra. Rohaizad bin Khalil (Timb. Setiausaha Agung).

Turut hadir bersama Pengerusi PACSU Cawangan iaitu, Sdra. Sufian bin Ngah (Terengganu), Sdri. Huslinawati binti Husain (Kelantan), Sdri. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin (Kedah), Sdra. Wan Muhammad Ridhuan bin Nor Kamal (Kuala Lumpur), Sdra. Khairi bin Thani (Melaka), Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram (Perak) dan Sdri. Marinee binti Mohamad (Negeri Sembilan).

Selesai sahaja majlis di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya kesemua deligasi dari CUEPACS terus menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Sumber Manusia.

Majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 peringkat kebangsaan yeng bertemakan “Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani” telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri mengakui upah (gaji) penjawat awam terutama di peringkat rendah dan menengah pada waktu ini berada pada kadar tidak munasabah.

Perdana Menteri berkata, beliau secara dasarnya bersetuju agar upah dan gaji penjawat awam dinilai semula. Katanya, beliau mahu diberi peluang selama setahun dan jika trend pertumbuhan hasil negara meningkat, maka, perkara pertama difikirkan adalah meningkatkan upah penjawat awam.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan dana RM1 juta masing-masing kepada MTUC dan CUEPACS bagi memperkemaskan pengurusan badan supaya lebih cekap.

TSUA

,