GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 (𝐆𝐂𝐑) : 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 & 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈

Kerajaan melalui pembentangan 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑 telah bersetuju:

🔴Kenaikan kadar maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 𝟏𝟖𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢

🔴Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 𝟗𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun
(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat
(c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari
(d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢.

Rujukan punca kuasa:

(i) Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023
(ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
(iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
(iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
(v) Soalan lazim

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke:
📧 :pertanyaan.gcr@jpa.gov.my
📞 : 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729

GCR 1 GCR 2 GCR 3

,