LAWATAN KEBAJIKAN KEMATIAN ANAK AHLI PACSU CAWANGAN NEGERI SEBILAN

Negeri Sembilan, Kuala Pilah, 27 April 2023 – Saudara Azrol bin Khulan, AJK PACSU Negeri Sembilan telah membuat lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan keatas Saudara Mohd Hadib bin Rosli bertugas di Balai Polis Johol, IPD Kuala Pilah atas kehilangan anak kandungnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 26 April 2023. Pengerusi dan Barisan AJK PACSU Negeri Sembilan  mengucapkan salam takziah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Alfatihah.

,