MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) 2023 PERINGKAT SEMENANJUNG MALAYSIA

WhatsApp Image 2023-05-29 at 9.45.50 AM

Perak, 19.5.2023 : Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2023 peringkat Semenanjung Malaysia bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah JHEKS.

Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) menerima mock cheque berjumlah RM40,000.00.

Wakil PACSU yang hadir Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Setiausaha Agung PACSU), Sdra. Khairi bin Thani (Pengerusi PACSU Cawangan Melaka), Sdri. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin (Pengerusi PACSU Cawangan Kedah), Sdri. Farah binti Shahibi (Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman), Sdri. Fariyantiyy bin Abharim (Setiausaha PACSU Cawangan Melaka), dan Sdra. Mohd Rusydi bin A.Rashid (Setiausaha PACSU Cawangan Kedah).

,