MESYUARAT AGUNG PACSU NEGERI SEMBILAN KALI KE-72 BAGI TAHUN 2023

NEGERI SEMBILAN -1 Jun 2023 , IPK Negeri Sembilan – PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-72 bagi tahun 2023. Mesyuarat Agung telah dihadiri seramai 145 orang ahli dan dipengerusikan oleh Saudaari Marinee bt Mohamad Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Mesyuarat dijalankan mengikut agenda yang telah ditetapkan. Saudari Eva Jauhana bt Mohamed Alias Setiausaha PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah membentangkan laporan aktiviti PACSU Negeri Sembilan bagi tempoh 01.04.2022 hingga 31.03.2023 manakala Saudari Nuraini bt Razali Bendahari PACSU Negeri Sembilan telah membentangkan penyata kewangan dari 01.04.2022 hingga 31.03.2023. Banyak usul dan cadangan yang diterima dari ahli mesyuarat dan dapat dibahas di dalam mesyuarat ini.

Majlis perasmian mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid bin Othman dan turut dihadiri oleh Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor (Naib Presiden) dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Timbalan Setiausaha Agung). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dan berakhir dengan baik.

,