MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERAK KALI KE-72

Ipoh, 22 Jun 2023 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-72 bertempat di Dewan Serbaguna Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PACSU Malaysia iaitu Sdra Mohd Azli bin Suhaimi dan juga Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram Pengerusi PACSU Cawangan Perak.

Mesyuarat membincangkan permasalahan, perancangan, pembentangan kertas minit, pembentangan kewangan semasa dan lain-lain isu sepanjang tahun 2022 dan 2023 serta menjawab isu-isu berbangkit daripada tahun lalu hingga kini. Mesyuarat juga berlangsung dengan tenang, lancar dan banyak informasi turut disampaikan. PACSU Cawangan Perak sangat memandang serius setiap permasalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli yang telah diadukan kepada barisan kepimpinan semasa mesyuarat berlangsung seterusnya akan dibawa ke peringkat atasan untuk diselesaikan.

Turut menghadiri mesyuarat iaitu Setiausaha PACSU Cawangan Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan Bendahari Sdri Nurul Aini binti Ishak serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

6 2

,