KUNJUNG HORMAT PACSU PAHANG KEPADA KETUA POLIS PAHANG

3 Julai 2023 (ISNIN) – Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Yahaya bin Othman telah menerima Kunjungan Hormat daripada Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Negeri Pahang yang diketuai oleh Puan Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Pahang bersama Setiausaha dan Bendahari PACSU PAHANG di Pejabat Rasmi Ketua Polis Pahang sebentar tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan hal-hal tadbir urus di samping bertukar-tukar pendapat secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturrahim sebagai rakan strategik antara  PDRM Pahang dan Pegawai Awam PDRM Pahang.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, YDH SAC Dato’ Mohd Yusri bin Othman dan Ketua Jabatan Pengurusan, YDH ACP Mohd Fakhrurazie bin Che Sulaiman, Ketua Jabatan Pengurusan.

,