KUNJUNGAN HORMAT PACSU KEPADA YDH PENGARAH PENGURUSAN

31 Julai 2023, Bukit Aman – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Pengarah Pengurusan. Majlis kunjung hormat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Persada, Aras 30, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Kunjung Hormat PACSU kepada YDH Dato’ Pengarah Pengurusan turut hadir YDH DCP Gilberd a/l Philip Layang, TPP (Pentadbiran), YDH SAC Samsor bin Maarof, KPPP (Perjawatan) dan Supt. Tan Tai Kai, PT (Pemodenan Pentadbiran/ Parlimen) Urusetia Jabatan Pengurusan.

Manakala delegasi PACSU telah diketuai oleh Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU), Tn. Hj. Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden), Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor (Naib Presiden), Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi (Setiausaha Agung), Sdra. Raja Hazlan Bin Raja Hussin (Bendahari Agung), Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Timbalan Setiausaha Agung), dan Sdra. Syed Ahmad Bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran).

Kunjungan hormat ini diadakan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PACSU dan juga sebagai penghargaan dan ucapan tahniah kepada YDH Pengarah Pengurusan. Di samping itu, turut membincangkan isu mengenai Pegawai Awam Kontrak di Jabatan PDRM, dan juga Persidangan 3 Kesatuan yang mewakili Pegawai Awam (PACSU/ SPOCSU/ SPACSU).

Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 1 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 2 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 3 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 4 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 5 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 6 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan 7 Kunjung Hormat PACSU Kepada Pengarah Pengurusan

 

,