PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KEDAH KALI KE 61 TAHUN 2023 DAN PERJUMPAAN KETUA POLIS KEDAH BERSAMA PEGAWAI AWAM

ALOR SETAR, 19 Jun 2023 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir & Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Kedah telah mengadakan perjumpaan dan sesi amanat bersama Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Fisol Bin Salleh dan seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Kedah kali ke-61 Tahun 2023

Program yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim, IPK Kedah itu telah dihadiri 500 Pegawai Awam Kontinjen Kedah. Disamping hadir untuk bermesyuarat bersama PACSU mereka juga berpeluang beramah mesra bersama KP Kedah.

Turut serta Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Sdra Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Tn Hj Mohd Zaki Bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Sdra Mohd Fadli Bin Mohd Noor, Naib Presiden PACSU Malaysia, Sdra Mohd Azli Bin Suhaimi, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, YM Raja Mohd Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU Malaysia, Sdra Rohizad Bin Khalil, Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Sdra Syed Ahmad Bin Syed Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia dan Sdri Arbaayah Binti Ahmad Tajuddin, Pengerusi PACSU Cawangan Kedah.

,