KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TIMBALAN KETUA POLIS KELANTAN

Kelantan – Pada 29 ogos 2023 ( Selasa ), PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke pejabat YDH Tuan DCP Mohd Ali bin Tamby, Timbalan Ketua Polis Kelantan. Lawatan diadakan pada jam 9.00 pagi dihadiri oleh Ybrs Pengerusi PACSU Kelantan bersama beberapa orang AJK Kesatuan.

Kunjungan Hormat pada hari itu adalah sesi pertama memandangkan YDH Tuan Timbalan Ketua Polis Negeri baru sahaja melapor diri di kontinjen Kelantan. Sepanjang perjumpaan Ybrs Pengerusi mentaklimatkan serba sedikit tentang PACSU Cawangan Kelantan selain mencadangkan beberapa aktiviti dan kolaborasi yang bakal diwujudkan diantara pacsu dan juga persatuan-persatuan lain di peringkat kontinjen Kelantan.

Di akhir lawatan, PACSU Cawangan Kelantan menyerahkan cenderahati kepada YDH Tuan Timbalan Ketua Polis Kelantan sebagai tanda terima kasih diatas perhatian dan solidariti kepada PACSU dan juga pegawai awam kontinjen Kelantan.

Setiausaha

PACSU Cawangan Kelantan

#CLASS

 

 

IMG-20230829-WA0003 IMG-20230829-WA0004 IMG-20230829-WA0005 IMG-20230829-WA0006 IMG-20230829-WA0007 IMG-20230829-WA0008 IMG-20230829-WA0009

,