LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN – Kuala Pilah , 11 Sept 2023 – Saudara Azrol bin Khulan bersama Saudara Mohd Ashril bin Mansor AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah membuat lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan iaitu saudari Nur Hashikin bt Mohamad Suut yang telah cedera patah tangan kerana terjatuh semasa menjalankan aktiviti Trim n Fit di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Dalam lawatan tersebut AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan sumbangan serta salam dari Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan. Semoga Saudari Nur Hashikin bt Mohamad Suut cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

 

,