MENDAKI KE JERAM KUBANG GAJAH ( SOFEA JANE’S WATERFALL) , PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR12 September 2023. PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan satu program mendaki ke Jeram Kubang Gajah (Sofea Jane’s Waterfall) bertempat di Kampung Kemensah, Ulu Klang, Selangor. 

Program yang julung kali diadakan ini disertai seramai 20 orang ahli PACSU Cawangan Bukit Aman termasuk Pegawai Kanan PACSU Malaysia serta AJK Cawangan Bukit AmanAlhamdulillah semua peserta dapat menamatkan pendakian tanpa sebarang masalah.

IMG_6944

Program yang turut disertai oleh Naib Presiden PACSU Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor ini diadakan bertujuan untuk membentuk gaya hidup sihat dikalangan ahli, bersesuaian dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM.

IMG_6946

Bagi pihak Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan semua AJK PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada kali ini.

IMG_6943 IMG_6942 IMG_6941 IMG_6945

,