SEMINAR KEPIMPINAN MUDA PACSU TAHUN 2023

Melaka : Seminar Transformasi Kepimpinan Muda PACSU Tahun 2023 anjuran Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) telah diadakan di Imperial Heritage Hotel, Melaka mulai 05/12/2023 hingga 07/12/2023 selama lima (3) hari.

Objektif Kursus :

  • Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan terhadap kesatuan sekerja dan menanamkan sikap positif dan membina terhadap perjuangan hak dan kebajikan ahli
  • Melengkapkan dengan pengetahuan dan rasa tanggungjawab, serta hak-hak kesatuan yang tertakluk dibawah Akta Kesatuan Sekerja
  • Meningkatkan integriti dan menanam sifat cintakan
  • Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi, gerakkerja yang komprehensif, perancangan yang strategik serta budaya kerja yang berkualiti.
  • Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan kepada peserta.
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam pengurusan kesatuan yang
  • Melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berfikiran stategik, cekap dalam pengurusan, perancangan dan keputusan.

Statistik Peserta Seminar

Bil

Cawangan

Jumlah Peserta

Bil

Cawangan

Jumlah Peserta

1.

Bukit Aman

3

8.

Pahang

3

2.

Perak

3 9.

Pulau Pinang

3

3.

Selangor

3

10. Negeri Sembilan

3

4.

Johor

3

11. Terengganu

2

5.

Kedah

3

12. Melaka

6

6.

Kelantan

3

13. Pulapol KL

3

7.

Kuala Lumpur

4

14. Perlis

3

Jumlah :

22

Jumlah :

23

Jumlah Keseluruhan :

45

 

Seminar ini telah dijadualkan dengan pengisian slot-slot ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah-pencaramah yang telah dijemput. Berikut adalah tajuk ceramah dan senarai penceramah.

Transformasi PACSU
Penceramah : Kesemua Kepimpinan PACSU Pusat

Peranan Dan Tanggungjawab Cuepacs Kepada Kesatuan Gabungan
Penceramah : Dato’ Dr. Adnan Bin Mat (Presiden CUEPACS)

Peranan Dan Tanggungjawab Kesatuan Sekerja
Penceramah : Junhamizan Bin Zainal (Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Putrajaya)

Peranan YaPIEM
Penceramah : Tn Hj Awang @ Musran Tawil (Timbalan Ketua Pengarah YaPIEM)

Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU) dan terut dihadiri bersama pegawai kanan PACSU pada 07/12/2023 jam 10.30 pagi. Setelah selesai majlis penutup, kesemua peserta seminar telah bertolak pulang ke cawangan masing-masing.

,