ZIARAH KEMATIAN KEPADA BAPA PEGAWAI AWAM BALAI POLIS PENGKALAN CHEPA, IBUPEJABAT POLIS DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN

Kelantan – 25/10/2023 (Rabu) Ahli Jawatankuasa bersama barisan ahli PACSU Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah mengadakan ziarah kematian kepada keluarga ahli PACSU, iaitu PF/29389 Muhammad Suhaimi bin Saidi, Pegawai Awam yang bertugas di Balai Polis Pengkalan Chepa, IPD Kota Bharu berikutan kematian ayahndanya, Allayarham En. Saidi bin Mat.

Arwah telah meninggal pada jam 0520 hrs kerana penyakit kencing manis. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Damak, Kampung Padang Bongor, Binjai, Kelantan sebelum waktu zohor.

PACSU Cawangan Kelantan turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allayarham mewakili Ybrs Puan Pengerusi PACSU yang tidak dapat hadir akibat kekangan tugas.

Salam takziah daripada seluruh ahli PACSU Cawangan Kelantan sebagai tanda sokongan dan persaudaraan. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dariNya.

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Innalillahwaninnalillahhirrojiun.. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Dilla Hj. Roslan

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

 

 

,