KEJOHANAN FUTSAL PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2023

 

385748779_10230258507997819_7382877354236647056_n

30 SEPTEMBER 2023 – PACSU Cawangan Bukit Aman telah menyertai Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia 2023 di Kota Sarang Semut, Kedah. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Pacsu Cawangan Kedah dan disertai oleh semua PACSU Cawangan seluruh Semenanjung Malaysia.

385881393_10230258531998419_2461439213978161290_n

Pasukan PACSU Cawangan Bukit Aman telah berjaya merangkul naib johan dan juga anugerah penjaring terbanyak yang dimenangi oleh Saudara Muhamad Aidil Hilmi bin Mohd Razaki.

385884030_10230258527798314_8669128067731434551_n

Kejohanan yang dirasmikan oleh Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar bin Mamat ini turut diserikan dengan perlawanan persahabatan di antara barisan Pegawai Kanan PACSU Malaysia menentang barisan Exco PACSU Malaysia.

385507235_10230258532278426_2608299313415723292_n

Pengerusi serta barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain yang telah mengharumkan nama PACSU Cawangan Bukit Aman.

385507270_10230258527558308_872548435516129403_n

KEPUTUSAN PERLAWANAN :

Peringkat Kumpulan

B.Aman 1 – 1 Pahang

B.Aman 5 – 0 Selangor

B.Aman 4 – 1 PULAPOL

B.Aman 5 – 1 Johor

Suku Akhir

B.Aman 1 – 0 Kelantan A

Separuh Akhir

B.Aman 3 – 1 Kedah

Akhir

B.Aman 0 – 1 Kelantan B

 

,