PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA KALI KE-15 DAN MAJLIS MAKAN MALAM

IMG_0204

PULAPOL , 9 November 2023 – Barisan AJK dan ahli PACSU Cawangan Bukit Aman telah hadir ke Majlis Perhimpunan Pegawai Awam Bersama Ketua Polis Negara Kali Ke-15 dan Majlis Makan Malam Pegawai Awam Bersama Ketua Polis Negara.

Bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, majlis yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Polis Ke-216 dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan menghimpunkan seramai 300 pegawai awam dari seluruh Negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.

IMG_0207 7c9c9821-7587-4f68-b487-3531b516937b

Seramai 22 orang ahli PACSU Cawangan Bukit Aman telah menerima surat penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di atas mutu kerja cemerlang yang dipamerkan selama ini.

24436c59-67c1-410c-a4ca-e055d2ed471a

FullSizeRender

Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis makan malam yang dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan, YDH Dato’ Sri Azmi bin Abu Kasim yang mewakili Ketua Polis Negara. Di dalam majlis ini telah dipertandingkan persembahan di antara cawangan PACSU seluruh negara dan juga SPOCSU dan SPACSU. PACSU Cawangan Bukit Aman telah berjaya memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan ini.

Pengerusi dan barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat mengharumkan nama PACSU Bukit Aman.

4baa205d-62a4-4317-977c-f7f3fd964783                    3c6c09f4-2b2e-4ecb-a54d-4f3b982a8d60

 

30a99691-6f88-41ce-b87d-da4ad65f3066      98d45ed0-f448-4893-a225-cc4e7fae978f

 

 

,