LAWATAN ZIARAH KEMATIAN IBU KEPADA AHLI PACSU CAWANGAN KELANTAN

KELANTAN – Satu lawatan ziarah kematian ibu kepada ahli PACSU Cawangan Kelantan, PF/ 23225 Rohana binti Jaafar (BSPTD IPD Kota Bharu), telah dibuat pada 22.01.2024 jam 0600 petang. Dua (2) Ahli jawatankuasa telah mewakili PACSU Cawangan Kelantan ialah PF/26243 Norqurantuanni binti Mohd Rupi dan PF/ 23215 Siti Sazleena binti Shamsudin hari sebelumnya turut mewakili Bahagian Siasatan Pengurusan Trafik Daerah, IPD Kota Bharu, Kelantan. Wakil rakan-rakan seperjuangan daripada Balai Polis Kota Bharu turut memberi semangat dan tanda ukhwah persahabatan yang terjalin.

Arwah bernama Hasmah binti Abdullah, umur 84 tahun meninggal dunia pada 17.01.2024 jam 0330 petang kerana sakit tua. Jenazah telah selamat dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Jiah, Jalan Masjid Padang Enggang, Wakaf Cheyeh, Kota Bharu, Kelantan. Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga PF/ 23225 Rohana binti Jaafar dan semoga arwah ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Aamiin. INNALILLAHIWAINNA ILAIHI ROJIUN, Al Fatihah.

HoneyDEW

PACSU Cawangan Kelantan

#PDRMKelantanCemerlangCLASS

,