AGIHAN BUBUR LAMBUK ‘ NESTLE ‘ SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

21 Mac 2024 : PACSU Cawangan Kelantan telah mewakili PDRM Kontinjen Kelantan menerima agihan 600 bungkus bubur lambuk jenama Maggi dari pihak Nestle Malaysia.

Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang dengan penyerahan bubur lambuk daripada pihak Nestle Malaysia kepada Pn Huslinawati binti Hussien, Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan bubur lambuk kepada PDRM Kelantan yang diwakili oleh YDH ACP Tuan Kamsani bin Hassan, Ketua Jabatan Pengurusan Kelantan.

600 bungkus bubur lambuk yang diterima telah diagihkan kepada 10 jabatan PDRM Kontinjen Kelantan sebagai juadah berbuka puasa. PACSU Cawangan Kelantan amat berbesar hati dengan sumbangan ini dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan Nestle Malaysia kepada PDRM Kontinjen Kelantan.

Tenang-tenang air dilaut;

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut;

Budi nan baik rasa nak junjung..

Terima kasih.

#NESTLEMalaysia

Disediakan oleh,

Setiausaha PACSU Cawangan Kelantan

Mohd Zainun bin Mohd Razak

Editor

HoneyDEW

PACSU Cawangan Kelantan

#PDRMKelantanCemerlangCLASS

,