IFTAR RAMADHAN KENANGAN AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN TAHUN 2024

TUMPAT – Pada 07.04.2024 (Ahad) bertempat di HR VIEW CAFE Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan warga Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan satu majlis berbuka puasa (Iftar Ramadhan) di tepian sungai Kelantan.

Majlis diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan. Pemandangan di sekitar cafe amat menarik dan menenangkan jiwa amat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dan santai bersama keluarga. Sebelum azan maghrib berkumandang, AJK PACSU Cawangan Kelantan sempat bergambar kenang kenangan di tepian sungai Kelantan yang indah ini. Segala pertanyaan mengenai cafe ini boleh hubungi di talian 011-39945918 (MIMIE). Selamat berbuka puasa.

HoneyDEW

PACSU KELANTAN

#PDRMKelantanCemerlangCLASS

 

 

 

 

 

 

 

,