SHAH ALAM, 2 Mei 2024 – Sambutan Hari Pekerja Cuepacs 2024 dan Majlis Jalinan Kasih Silaturahim Aidilfitri Cuepacs 2024 telah diadakan di Pusat Konvensyen MBSA telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Tuan Steven Sim Chee Keong dan dihadiri oleh wakil kementerian dan jabatan serta pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam.
Dalam majlis tersebut telah menyaksikan bekas Timbalan Presiden II CUEPACS,Tuan Hj. Zainal Ismail telah menerima Anugerah Tokoh Hari Pekerja CUEPACS bagi tahun ini serta penyampaian Anugerah Hari Pekerja 2024 mengikut kategori masing-masing.
Antara yang hadir ialah Saudari Farah binti Shahibi (Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman) , Saudara Fahlawi bin Haji Jamaludin (Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman) dan turut hadir bersama barisan Pegawai Tertinggi PACSU Saudara Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU) merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS , Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU) , Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor (Naib Presiden PACSU) merangkap Timbalan Setiausaha I CUEPACS , Saudara Mohd Azli bin Suhaimi (Setiausaha Agung PACSU), YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU) .bersama Saudara Rohaizad bin Khalil (Timbalan Setiausaha Agung PACSU).
“PEKERJA KESUMA BANGSA”
“PEKERJA MADANI TERAS PERKHIDMATAN BERINTEGRITI”