TAKLIMAT PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2024

IMG_4170

SHAH ALAM , 01 FEB 2024 – Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman bersama Setiausaha PACSU Cawangan Selangor dan Setiausaha Agung PACSU Malaysia telah hadir ke Majlis Taklimat Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, Selangor.

IMG_4167   IMG_4168

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Y.Brs. Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua kesatuan pekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Turut hadir juga ialah pegawai-pegawai dari CUEPACS dan MTUC.

IMG_4172 IMG_4173

Majlis ini memberi pendedahan kepada kesatuan sekerja mengenai geran-geran yang boleh dimohon untuk program tahun 2024 iaitu Program Latihan dan Pendidikan, Pembelian Barangan ICT, Pembangunan E-Learning, Menjalankan Kajian Kesatuan Sekerja, Penulis Ilmiah Kesatuan dan juga Pembeli Insurans Berkelompok Kali Pertama.

IMG_4171

Untuk rekod, PACSU Cawangan Bukit Aman telah berjaya memperolehi geran PHEKS pada tahun 2022 (pembelian komputer) dan tahun 2023 (pelaksanaan program kursus/ seminar/ team building).

IMG_4174

 

,