PENYERTAAN PACSU PAHANG DI PERTANDINGAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2024.

Pulau Pinang, 18 Mei 2024 – PACSU Cawangan Pahang telah menyertai Pertandingan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2024 di Sunshine Square Boling, Pulau Pinang. Pertandingan ini telah disertai oleh 21 pasukan mewakili Cawangan PACSU negeri – negeri. Pada penyertaan kali ini, PACSU Pahang telah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam kategori yang dipertandingkan. Antara kejayaan yang dicapai adalah berjaya muncul johan bagi kategori berpasukan. Selain itu, PACSU Pahang juga menjadi johan bagi kategori individu lelaki melalui saudara Amirul Naim bin Ahmad dan tempat ketiga melalui saudara Fauzan bin Abdullah. Bagi kategori wanita pula PACSU Pahang telah memenangi tempat keempat melalui saudari Suraian binti Hussin dan tempat keenam melalui saudari Effa Diana binti Kamaludin. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengharumkan nama PACSU Pahang dalam pertandingan ini.

,