PACSU MELAKA SERTAI PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2024 – Ahli PACSU Melaka terdiri daripada Ust Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha), Haslinda Binti Yusman (Bendahari), bersama 10 orang ahli jawatankuasa dan penerima-penerima sijil telah menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam kali ke-16 bersama YDH DIG Dato’ Seri Ayob Khan Bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara bertempat di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Dalam perhimpunan tersebut, seramai 5 orang ahli PACSU Melaka telah menerima sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara iaitu Arliana Binti Aris (Caw Rekod IPK Melaka) , Syahrizal Bin Muhamad Nuh (Caw. Khas, IPK Melaka) , Rohaimi Bin Khalil (Narkotik, IPD Alor Gajah) , Zainudin Bin Zainal (Pengurusan, IPD Melaka Tengah), dan Zaulin Bin Hj Abd Aziz (BSJD, IPD Jasin).

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara serta barisan ahlijawatankuasa serta ahli yang hadir pada perhimpunan tersebut. Semoga menjadi pemangkin semangat buat ahli-ahli yang lain.
IMG_20240627_082950

,