SELANGOR, 25 SEPTEMBER 2024 –Majlis Makan Malam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU Kali Ke-39, Sesi 2024 – 2027, telah berlangsung di Cenderawasih Grand Ballroom, Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor. Majlis yang bertemakan ‘Arabian Night’ ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, sebagai tetamu kehormat.
Perwakilan PACSU Cawangan Bukit Aman telah mempersembahkan sketsa lakonan dan tarian yang mengikut tema ‘Arabian Night’. Persembahan tarian diiringi lagu pop Arab popular, ‘Ya Tab Tab’ oleh Nancy Ajram.
Acara malam turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada perwakilan PACSU seluruh negara. Majlis diakhiri dengan pengumuman ‘King and Queen of The Night’, menjadikan malam tersebut lebih berprestij dan meriah.