MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN BIL.2 (SESI 2024-2027) BERJALAN DENGAN LANCAR

WhatsApp Image 2024-10-03 at 18.42.08_e317faa5

BUKIT AMAN, 6 SEPTEMBER 2024 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PACSU Cawangan Bukit Aman Bil.2 (Sesi 2024 – 2027) telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman, Tingkat 1, Menara 2 Bukit Aman.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Saudari Farah binti Shahibi, Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, yang memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan, menzahirkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen yang berterusan.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan oleh Setiausaha yang menyentuh perkembangan terkini organisasi dan aktiviti yang telah dijalankan. Perkara-perkara penting seperti program kebajikan dan penglibatan ahli dalam pelbagai aktiviti juga dibincangkan.

Seterusnya, Bendahari membentangkan laporan kewangan yang merangkumi status semasa kewangan cawangan dan penggunaan bajet bagi aktiviti yang dirancang pada masa akan datang. Fokus utama adalah pada pengurusan kewangan yang berhemah demi kelancaran pelaksanaan program sepanjang tahun.

Salah satu agenda utama mesyuarat kali ini adalah persiapan untuk pengundian pemilihan Pegawai Kanan PACSU. Perbincangan mendalam dijalankan bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar, dengan penekanan pada ketelusan dan integriti dalam proses pengundian.

Ahli jawatankuasa turut berbincang mengenai perancangan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun ini. Program-program yang dirancang bertujuan untuk meningkatkan kebajikan ahli serta memupuk semangat kesatuan di kalangan warga PACSU.

Bagi merapatkan lagi hubungan sebagai satu pasukan, ahli jawatankuasa turut mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi pertukaran hadiah sesama sendiri. Aktiviti ini telah berlangsung dalam suasana ceria, mempereratkan lagi ikatan kerjasama dan saling mengenali di kalangan ahli.

Mesyuarat diakhiri dengan perbincangan pelbagai perkara di bawah agenda “Lain-Lain Hal”, yang memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk mengemukakan cadangan dan idea untuk penambahbaikan PACSU Cawangan Bukit Aman.

WhatsApp Image 2024-10-03 at 18.42.07_699fa5d9 WhatsApp Image 2024-10-03 at 18.42.08_14331385 WhatsApp Image 2024-10-03 at 18.42.08_8f64b2aa

 

,