PACSU CAWANGAN PERAK MENYERTAI KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2023

Melaka, 25 Februari 2023 – PACSU Malaysia telah mengadakan Kejohanan Boling Piala Presiden Pacsu Malaysia Tahun 2023 bertempat di Melaka International Bowling Sentre (MIBC).

PACSU Cawangan Perak telah menghantar seramai 4 orang peserta bagi mewakili cawangan. Turut mengiringi pasukan adalah Pengerusi PACSU Perak Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan ahli-ahli jawatankuasa.

Penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini (sukan) bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PACSU se-Malaysia dan mengamalkan gaya hidup sihat.

,