PEMILIHAN PEMAIN BOWLING PEGAWAI AWAM KONTINJEN PAHANG

Sabtu, 11.2.2023 – Selesai dengan jayanya sesi pemilihan Pemain Bowling Pegawai Awam Kontinjen Pahang bertempat di Premium Lanes, Kuantan Plaza.
Tujuan pemilihan dibuat adalah untuk mencari 8 orang pemain dikalangan ahli PACSU bagi mewakili pasukan PACSU Pahang yang akan berentap di Kejohanan Bowling Piala Presiden Pacsu Malaysia yang akan diadakan pada 25 Februari 2023 di Ayer Keroh, Melaka.
Pemilihan ini terbuka kepada semua ahli telah dihadiri lebih 50 orang dan keputusan pemenang berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin secara individu.
Semoga pemain yang terpilih mewakili PACSU Pahang ini akan mempamerkan mutu permainan yang terbaik dalam kejohanan itu nanti dan semoga ada sinar Kejayaan bagi pasukan PACSU PAHANG dan dapat mengekalkan kedudukan dikelompok teratas seperti tahun- tahun sebelumnya.
GO PAHANG GO..HOGOH PAHANG HOGOH..HOGOH SAMPAI REBOH.
#TulisanPengerusiPACSUPahang

 

 

 

,