KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN STRES ANJURAN PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 10 Februari 2023 – PACSU Cawangan Perak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Stres bertempat di Dewan Badminton Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sg Senam Ipoh, Perak.

Kursus diadakan bertujuan :

  • Memahami konsep dan senario stres di dalam organisasi;
  • Memahami dan mengaplikasikan pengurusan stres;
  • Merangsang ke arah keseronokan bekerja tanpa stres; dan
  • Membentuk budaya kecemerlangan di dalam organisasi.

Tujuan kursus antara lain adalah memberi kesedaran bahawa terdapat kesan-kesan buruk jika stres yang dialami tidak dirawat atau tidak diambil pencegahan awal.

Kursus telah dikendalikan sendiri oleh Pengerusi PACSU Cawangan Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Kursus dijalankan dalam suasana santai dan turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti berkumpulan yang menuntut kerjasama serta saling bantu membantu antara peserta.

PACSU Cawangan Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir daripada daerah-daerah dan juga IPK kerana memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan kursus ini.

,