Jasin, 4 Oktober 2024 – Program Literasi Undang-Undang dan Hak Wanita (IRIS) : Perkahwinan Tanpa Kebenaran Wali Siri 2 bersama dengan Tuan Yang Arif Hakim Amiruddin bin Abdul Latip, Mahkahmah Syariah Daerah Alor Gajah kali ini mensasarkan komuniti Jasin.
Program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Melaka telah diadakan pada Selasa 1/10/2024 di Laman Wanita Jasin, Melaka.
PACSU Cawangan Melaka dibawah Biro Wanita telah menghantar dua orang peserta iaitu Saudara Ustaz Nordin bin Md Dan dan Saudari Rozila binti Majid bagi menyertai program tersebut.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk :
I. Memberi pendedahan tentang pentingnya peranan wali dalam perkahwinan Islam yang mana pernikahan boleh terbatal sekiranya wali tidak bertauliah, contohnya dalam kes pernikahan luar negara, kahwin lari dan sebagainya.
II. Mengelakkan perkara yang lebih rumit timbul berkaitan hak penjagaan anak, nafkah dan sebagainya bagi pasangan tersebut.
Maklumat lanjut boleh layari “facebook” rasmi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di https://www.facebook.com/share/p/tC5sGVvMrfbzb8aR/?mibextid=qi2Omg
Terima kasih kepada ahli yang telah hadir. Semoga ilmu yang di terima memberi manfaat kepada anda semua.




