KUNJUNG HORMAT BARISAN KEPIMPINAN CUEPACS NEGERI KEDAH KEPADA MENTERI BESAR NEGERI KEDAH

Alor Setar, 28 Ogos 2024 – Saudara Jamani bin Jamaludin, Pengerusi CUEPACS Kedah bersama barisan ahli jawatankuasa CUEPACS Kedah telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bertempat di Wisma Darul Aman, petang ini.

Kunjung hormat tersebut turut disertai oleh Pengerusi PACSU Kedah, Saudara Mohd Rusydi bin A.Rashid, bersama barisan ahli jawatankuasa CUEPACS Kedah yang terdiri kalangan Pengerusi/Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS ini bertujuan memperkenalkan ahli jawatankuasa baru serta untuk memperkukuhkan hubungan baik diantara kedua-dua pihak.

Kunjung hormat ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan bergambar kenang – kenangan.

,