Alor Setar, Ahad 22 September 2024 – Saudara Mohd Rusydi bin A.Rashid, Pengerusi PACSU Kedah serta AJK PACSU Kedah yang lain telah meluangkan masa untuk melawat beberapa orang ahli PACSU yang terkesan dalam trajedi banjir yang melanda beberapa daerah di Kedah.
Antara mereka yang terlibat adalah PF17894 Siti Nor Faezah bt Mohamad (Caw. Khas IPK), PF16639 Tan Leik Heong (Caw. Khas IPK), PF 19351 Norazimah bt Abidin (Caw. Khas IPD K/Setar), PF19818 Fauziah bt Hasibullah (IPD Pendang), Fauzi b Ismail (JP IPK) dan PF28087 Nik Azli b Nik Mahmood (JP IPK).
Dalam lawatan tersebut, disampaikan juga bantuan bakul makanan dan ubat-ubatan sumbangan dari PACSU Kedah dan juga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM Kedah) kepada mereka yang terkesan.













