KEJOHANAN BOWLING BERPASUKAN PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN PERAK

Antara Urusetia yang bertugas.....

Antara Urusetia yang bertugas…..

Aksi-aksi pemain...

Aksi-aksi pemain…

Cenderahati untuk pemain...

Cenderahati untuk pemain…

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 23/4/2015 di Ole Ole Superbowl, Mydin Meru, Ipoh.  Sebanyak 23 pasukan dari Jabatan, Daerah dan Formasi telah mengambil bahagian.

Sebelum perlawanan berlangsung, pihak Urusetia dan pemain dikejutkan dengan berita sedih kematian salah seorang ahli PACSU Cawangan Perak iaitu Allahyarham Ismail b. Mohd dari Cawangan D7 IPK.  Allahyarham meninggal dunia di pejabat D7 pada jam 9.50 pagi. Sebanyak RM333.00 berjaya dikumpulkan hasil derma kilat yang dibuat dan wang tersebut diserahkan kepada isteri Allahyarham.

Biarpun sedih dengan berita yang diterima serta beberapa masalah teknikal yang dihadapi sebelum perlawanan tidak mematahkan semangat para pemain untuk meneruskan perlawanan.

Dentuman jatuhan pin dan jeritan semangat para pemain memeriahkan suasana di Ole Ole Superbowl.

Keputusan keseluruhan :

Johan                 –           IPD Kampar

Naib Johan         –           IPD Selama (1)

Ketiga                –           IPD Ipoh (1)

Ke-4                   –           IPD Hilir Perak

Ke-5                   –           IPD Ipoh (2)

Ke-6                   –           JIPS IPK

Johan hingga tempat ke-6 menerima cenderahati, sijil serta hadiah wang tunai manakala bagi lain-lain pasukan menerima sijil dan cenderahati.

Hadiah-hadiah bagi kejohanan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari PACSU Cawangan Perak.

 

,