MENYUMPIT LAGI….

Aksi-aksi Sdra. Roslan

Aksi-aksi Sdra. Roslan

Sdra. Roslan tiga dari kiri bersama pasukan sumpit MAKSAK Perak

Sdra. Roslan tiga dari kiri bersama pasukan sumpit MAKSAK Perak

 

Sdra. Roslan b. Mustapha, AJK PACSU Cawangan Perak sekali lagi mewakili pasukan MAKSAK Negeri Perak dalam acara sumpit di Kejohanan Permainan Tradisional MAKSAK Malaysia 2015 yang telah berlangsung pada 11 – 14 Mei 2015 di Bangunan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang.

Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian di kejohanan tersebut. Pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu markah dalam kategori Sasaran dan Berkelompok.

Hasil sumpitan Sdra. Roslan dalam kategori Sasaran sebanyak 3,130 markah dan dengan markah dalam acara berkelompok sebanyak 106 markah telah melayakkan sekali lagi pasukan Negeri Perak untuk berada di tangga ke-4.

Johan keseluruhan adalah pasukan Negeri Pahang manakala pasukan PDRM di tempat kedua dan pasukan Jabatan Penjara di tempat ketiga.

,