SEMINAR “PEKERJA CEMERLANG” ANJURAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA IPD KUALA PILAH

Sesi Ceramah

Sesi Ceramah

Bergambar Bersama PRESIDEN PACSU

Bergambar Bersama PRESIDEN PACSU

 

Pada 24/2/2015 yang lalu, PACSU Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ketua Polis Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Seminar yang bertajuk “PEKERJA CEMERLANG” bertempat di Dewan Mawar IPD Kuala Pilah. Kehadiran daripada ahli-ahli pascu seramai 42 orang. Lebih membanggakan Presiden PACSU Malaysia Saudara Mahamad bin Bahrum berserta Tim. Setiauasa Agung Saudara Mohd Azli bin Suhaimi dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dalam seminar tersebut. Seminar ini telah dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Azmi bin Abdul Rahim. Penceramah Jemputan iaitu En. Mohd Hasni bin Zulkifli Kaunselor dari Pusat Kaunseling MAINS Daerah Kuala PIlah.

Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas bagi melahirkan pekerja yang cemerlang. Rata-rata ahli-ahli PACSU yang menghadiri seminar ini sangat berpuas hati dengan penyampaian ceramah yang telah diberikan dan seminar ini berjaya dilaksanakan.

,