PENJAWAT AWAM TIDAK TERLEBIH, MALAH TIDAK CUKUP ….

Datuk Presiden CUEPACS semasa sesi sidang media

Datuk Presiden CUEPACS semasa sesi sidang media

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak cadangan mengecilkan jumlah penjawat awam bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Menurut Presidennya Datuk Azih Muda, Perkhidmatan Awam ketika ini sebenarnya kekurangan kakitangan, berbeza daripada apa yang didakwa. Hal itu menyebabkan perkhidmatan awam mengalami kesulitan menjalankan tugas mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Jelas Azih, apa yang membuatkan masyarakat melihat lambakan kakitangan dalam perkhidmatan awam adalah kerana tentera, polis, kesihatan dan pendidikan turut diklasifikasi sebagai perkhidmatan awam, sepertimana tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu tidak diamalkan di banyak negara di dunia dan tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan negara lain dalam hal tersebut.

Sidang Media 2Ketika ini, terdapat 1.6 juta orang berkhidmat dengan kerajaan iaitu 11 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara ini, menjadikan nisbah penjawat awam kepada penduduk di Malaysia paling besar di rantau Asia Pasifik. Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani juga sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 1 orang penjawat awam untuk setiap 19.37 orang penduduk ketika ini, menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah.

Tahun lalu sahaja kerajaan telah membelanjakan RM74 bilion untuk menggaji penjawat awam dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM76 bilion dan pada tahun ini. Bagaimanapun beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak terbeban dengan perkhidmatan awam. Sidang Media

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Khas Kongres itu di ibu pejabatnya di sini hari ini, di mana mesyuarat sebulat suara menggesa kerajaan agar tidak melihat cadangan yang diutarakan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim kelmarin. Katanya, cadangan tersebut boleh menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan melihat keadaan semasa di mana kos sara hidup semakin meningkat.

WhatsApp Image 2017-02-15 at 3.16.48 PMMesyuarat Khas Kongres CUEPACS kali ini turut dihadiri 2 wakil daripada PACSU iaitu Sdra. Anuar bin Mamat (Timbalan Presiden PACSU) dan Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU).