PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI DENGAN CUEPACS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan CUEPACSCare4U.

KUALA LUMPUR, 23 Mac (PACSU) – Bertempat di Dewan Perdana MITI, Kerajaan telah bersetuju menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful CUEPACSCare tahun ini bagi menampung kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata skim perlindungan yang merupakan alternatif kepada penjawat awam bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 73,000 penjawat awam, di samping mengurangkan kesesakan yang dialami di hospital kerajaan.

Majlis Penghargaan ‘Budi Disemai, Jasa Disanjung’ bersama Perdana Menteri dan penerima manfaat CuepacsCare anjuran CUEPACS, peringkat PACSU yang hadir iaitu Sdra Anuar bin Mamat (Timbalan Presiden), Tn Hj Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden), Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung), Sdra Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran) turut dihadiri wakil dari PACSU Cawangan Bukit Aman, Kuala Lumpur dan PULAPOL.

najib1

Terima Kasih PM…dari warga PACSU…

,