MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN TERENGGANU KALI KE 52 TAHUN 2017

Terengganu 11 April 2017: Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Terengganu kali ke 52 Tahun 2017 telah berjaya diadakan pada 11 April 2017 di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Rosli bin Ab. Rahman Ketua Polis Terengganu.

Pegawai Kanan PACSU yang diwakili Sdra. Mahamad bin Bahrum (Presiden PACSU) dan Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU) turut hadir bagi menjayakan lagi mesyuarat pada kali ini. Seramai 170 orang ahli PACSU Cawangan Terengganu telah hadir pada mesyuarat kali ini.

,