PERJUMPAAN CAWANGAN KHAS PDRM DENGAN PACSU MENGENAI ISU PENTERJEMAH DI JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.

Bukit Aman  20/4/2017 – Satu perjumpaan telah diaturkan bertempat di Bilik Mesyuarat KPP E7M bagi membincangkan isu penterjemah dalam PDRM dan juga Pembantu Penerbitan yang tidak menjalankan penterjemahan. Cawangan Khas dihadiri oleh DCP Dato’ A. Rahman bin Hj Ahmad (KPP E7M), Supt. Mazlan bin Kamaruzaman (PT E7A), Supt. Mohamad Fuad bin Che Pa dan DSP Hisham bin Mohd Din.  Pegawai Kanan PACSU yang hadir Sdra Mahamad bin Bahrum (Presiden) dan Sdr Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung). Wakil Pembantu Penerbitan iaitu Sdri Cheah Yee Mee, Sdr Lim Ming, Sdri Aini Wirdati bt Isamudin, Sdr Nurul Azwani bt Lout dan Sdr Siti Khadijah bt Zahari.

Hasil perjumpaan antaranya:-

1.  Cawangan Khas setuju keperluan Pembantu Penerbitan yang boleh menjalankan tugas penterjemahan dikekalkan dalam PDRM

2. Kertas cadangan Insentif Khas Penterjemah PDRM sebanyak RM200.00 dimana Cawangan Khas akan beri sokongan yang sepenuhnya dan akan buat surat ke Kementerian Penerangan untuk mengukuhkan lagi permohonan insentif tersebut.

3.  Pengambilan baru Pembantu Penerbitan yang boleh menjalankan tugas penterjemahan.

4.  Pembantu Penerbitan yang tidak boleh buat penterjemahan akan diberi opsyen iaitu tukar lantik ke PTPO atau kekal sebagai PP hingga jumud atau kekal sebagai PP tukar jabatan atau mengikuti kursus bahasa di INTAN untuk menjalankan tugas penterjmahan.

20170420_110957-1

,