MAJLIS ROAD TOUR DAN RAMAH MESRA AHLI PACSU DAERAH ALOR GAJAH BERSAMA PEGAWAI KANAN PACSU MALAYSIA

Pada 15 Feb 2017 jam 2.30 petang, PACSU Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Road Tour dan Hi-Tea bersama Pegawai Kanan PACSU Malaysia dan ahli Daerah Alor Gajah bertempat di Dewan Serbaguna IPD Alor Gajah, Melaka. Turut hadir Supt. A. Asmadi Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Sdra. Mahamad Bin Baharum Presiden PACSU Malaysia, YM Raja Azlan Bin Raja Hussin Bendahari Agung PACSU, Barisan Jawatankuasa PACSU Cawangan Melaka dan ahli PACSU Daerah Alor Gajah, Melaka.

Sebelum itu pada sebelah paginya, satu mesyuarat jawatankuasa telah diadakan di Bilik Gerakan IPD Alor Gajah, Melaka bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Melaka dan aktiviti-aktiviti Biro bagi bulan Mac 2017. Setelah selesai mesyuarat AJK, aktiviti diteruskan dengan persiapan dewan dan seterusnya bersiap sedia bagi menunggu kedatangan tetamu dan ahli PACSU Daerah Alor Gajah.

Tujuan majlis ini diadakan bagi membuka ruang ahli merapati dan mengenali kepimpinan tertinggi PACSU Malaysia disamping beramah mesra diantara kepimpinan PACSU dan ahli-ahli. Seramai 40 ahli Daerah Alor Gajah yang hadir menyambut baik penganjuran majlis sebegini. Ahli-ahli PACSU IPD Alor Gajah telah memberi kerjasama dan sangat sporting dalam memastikan penganjuran majlis ini. Jawatankuasa PACSU Cawangan Melaka sangat berbangga dengan kerjasama yang diberikan sehingga berjaya menjayakan majlis yang sangat bermakna ini.

Dikesempatan ini juga Sdra. Presiden telah menitipkan amanat dan nasihat kepada semua ahli supaya terus menyokong aktiviti yang telah dirancang supaya PACSU Cawangan Melaka terus maju jaya dan sekaligus menaikkan nama cawangan. Sdra Presiden juga telah memohon supaya semua ahli terus kekal bersatu dan bermuafakat supaya tiada perasaan hasad dengki dan iri hati sesama sendiri, sekiranya terdapat sebarang masalah boleh terus berhubung dengan Pengerusi / Setiausaha atau AJK yang telah dilantik.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi ahli memanfaatkan masa yang ada. Pelbagai juadah makanan telah disediakan, sesi karaoke dan cabutan bertuah telah menjadi tarikan ahli. Pertandingan karaoke diantara barisan jawatankuasa PACSU Cawangan dengan ahli-ahli PACSU IPD Alor Gajah juga turut diadakan. Ahli-ahli PACSU dareah Alor Gajah telah berjaya memenangi pertandingan karaoke ini. Sdra. Presidenjuga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli PACSU IPD Alor Gajah yang telah banyak memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjadi ahli kesatuan. Manakala sesi penyerahan borang pendaftaran sebagai ahli baru juga telah disampaikan sendiri oleh ahli baru berkenaan kepada Sdra. Presiden PACSU.

Diakhir majlis sesi merakamkan kenangan bersama Pegawai Kanan PACSU bersama ahli Daerah Alor Gajah dan gotong royong membersihkan dewan sebelum bersurai telah diadakan. Keseluruhan perjalanan majlis sangat teratur dan mengikut agenda yang telah dirancang. Barisan Jawatankuasa PACSU Cawangan Melaka sangat menghargai kerjasama Jawatankuasa dan seluruh ahli Daerah Alor Gajah yang sungguh muafakat ini.

MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN

PRESIDEN MENYAMPAIKAN UCAPAN MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN 2 MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN 1 JAMUAN MAKAN GAMBAR KENANG KENANGAN GAMBAR BARISAN AJK BERSAMA SDRA. PRESIDEN BARISAN AJK PUN BERKARAOKE BARISAN AJK PACSU CAWANGAN MELAKA AHLI-AHLI PACSU DARI IPD ALOR GAJAH

,