MESYUARAT AGONG TAHUNAN PACSU CAWANGAN MELAKA KALI KE 50 TAHUN 2017

Mesyuarat Agong Tahunan PACSU Cawangan Melaka Kali Ke 50 Tahun 2017 julung-julung kali diadakan di Hotel Kobemas, MITC, Melaka pada 17 Mei 2017 bermula jam 1.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Kehadiran amat menggalakkan lebih kurang 220 orang ahli PACSU Cawangan Melaka.

Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Abd Jalil Bin Hassan – Ketua Polis Melaka. Turut hadir Ketua – Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Sdra. Mahamad Bin Baharum – Presiden PACSU, Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor – Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Sdra. Lee Siong Seng – Setiausaha CUEPACS Negeri Melaka, Pengerusi PPRPD dan ahli-ahli PACSU Cawangan Melaka.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Sdra. Syed Ahmad Bin Syed Shahardin – Pengerusi PACSU Cawangan Melaka. Didalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PACSU kerana memberi kerjasama dan sokongan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PACSU. Manakala di dalam ucapan YDH Ketua Polis Melaka beliau melahirkan ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa PACSU yang berjaya mengadakan mesyuarat di hotel dan sudi menjemput beliau bagi merasmikan mesyuarat agong pada kali ini. Beliau berharap semua ahli PACSU dapat memberi sokongan dan pendapat bagi sama-sama menjayakan program yang akan diadakan dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Sebelum mengakhiri ucapan beliau mengucapkan selamat bersidang dan berharap mesyuarat agong berjalan dengan lancar dan jayanya seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PACSU Kali Ke 50 Tahun 2017.

Mesyuarat agong berjalan lancar dan ahli diberi peluang memberi pendapat dan pandangan. Selain itu, ahli berpeluang berjumpa dan mengutarakan permasalahan yang dihadapi di daerah masing-masing dan ianya dapat diatasi dengan kerjasama Pegawai Kanan PACSU dan Jawatankuasa PACSU Cawangan Melaka.

Setelah selesai bermesyuarat hampir satu jam, saat yang ditunggu iaitu sesi penyerahan sijil penghargaan kepada ahli PACSU yang telah disempurnakan oleh Presiden PACSU Malaysia kepada ahli yang telah terpilih sebagai Ahli Terbaik Lelaki dan Wanita dan AJK terbaik tahun 2016/2017. Sesi penyerahan kad keahlian juga telah dibuat oleh Setiausaha Agung PACSU kepada Setiausaha PACSU Cawangan Melaka. Sebelum mengakhiri majlis yang sangat bermakna kepada semua ahli PACSU Cawangan Melaka, satu sesi Happy Hour yang mana pelbagai hadiah menarik disediakan kepada semua ahli iaitu Sesi Cabutan Bertuah. Grand Prize bagi sesi Happy Hour berupa penginapan dua hari satu malam di Hotel Kobemas, yang mana pihak hotel telah menaja penginapan tersebut.

GAMBAR KENANG KENANGAN BERSAMA DATO KP DAN BARISAN KEPIMPINAN PACSU BARISAN AJK PACSU MELAKA AHLI-AHLI YANG HADIR 2 AHLI-AHLI YANG HADIR

,