SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Selamat Hari Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Syawal dan Salam 1Malaysia, Salam 1 PACSU…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerana dengan rahmatNya jua kita telah berjaya menyempurnakan ibadah Ramadan dengan sempurna. Pada saat berlabuhnya tirai Ramadan, akan bergemalah laungan takbir dan kalimah-kalimah tahmid menyambut ketibaan Aidilfitri, sebagai tanda kemenangan umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang keempat.

Kepada semua ahli-ahli PACSU, kami Pegawai Kanan PACSU serta keluarga dengan penuh rasa rendah diri, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin di atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan sepanjang tahun yang berlalu. Semoga lebaran kali ini menjadi antara sambutan Syawal yang terindah buat kita semua. Semoga Kita Berjaya Memperolehi Keberkatan Ramadan Dan Dikurniakan Rahmat Syawal Yang Berpanjangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin…