PROGRAM PENYEDIAAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK ANJURAN PACSU CAWANGAN MELAKA

14 Jun 2017 (Rabu) – PACSU Cawangan Melaka telah mengadakan Program Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk kepada semua ahli PACSU Cawangan Melaka. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tenghari. Surau Seri Temenggong telah menjadi lokasi penyediaan bubur lambuk yang julung-julung kali diadakan oleh PACSU Cawangan Melaka. Seramai 25 orang ahli jawatankuasa dan ahli PACSU telah turut hadir dalam penyediaan makanan tradisi sempena bulan ramadhan ini.

Matlamat / Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan memberi peluang mempelajari cara – cara memasak bubur lambuk secara gotong-royong dan mengwujudkan sikap berkerjasama antara ahli PACSU selain dapat merapatkan ukhwah sesama ahli PACSU. Program yang diketuai oleh Pengerusi – Syed Ahmad Bin Syed Shahardin dan dengan bantuan Tukang Masak yang berpengalaman dalam penyediaan bubur lambuk bersama 25 orang ahli jawatankuasa  dan ahli PACSU di setiap Jabatan / Daerah.

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada semua ahli PACSU Cawangan Melaka dan  turut diberikan kepada Ketua Polis Melaka dan Timbalan Ketua Polis sebagai tanda terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi banyak memberi sokongan dan bantuan kepada PACSU Cawangan Melaka. Persediaan awal bahan bubur lambuk telah dibuat sehari sebelum di Bilik PACSU Cawangan Melaka dengan bantuan jawatankuasa yang berkelapangan..

Ahli juga telah berharap PACSU Cawangan Melaka akan meneruskan pelbagai lagi program sebegini supaya dapat menarik minat ahli untuk turut serta. Sebagai balasan diatas bantuan, keputusan sepakat ahli jawatankuasa didalam mesyuarat khas yang lepas, sedikit sumbang ikhlas telah diberikan ahli yang membantu dalam menjayakan majlis ini. Kami di barisan jawatankuasa berharap program sebegini akan lebih mendapat sambutan di masa akan datang.

BUBUR LAMBUR 5 BUBUR LAMBUR 4 BUBUR LAMBUR 3      BUBUR LAMBUR 2   BUBUR LAMBUR 6 BUBUR LAMBUR 7 BUBUR LAMBUR 8 BUBUR LAMBUR 10 BUBUR LAMBUR 11 BUBUR LAMBUR 12

,