SAMBUTAN HARI POLIS KE 210 KONTINJEN MELAKA

1-01MELAKA: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Polis Ke 210 di peringkat Kontinjen Melaka di Padang Kawad, IPK Melaka. Seawal jam 7.30 pagi semua Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, APR, Pegawai Awam, Media dan jemputan mengambil tempat, majlis diteruskan setibanya YDH SAC Dato’ Ruslan Bin Hassan – Timbalan Ketua Polis Melaka tiba dia padang kawad IPK Melaka.

Aturcara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan seterusnya amanat dari Ketua Polis Negara telah disampaikan Timbalan ketua Polis Melaka. Tema “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” masih terus diguna pakai seperti tahun sebelumnya. Antara amanat YDH Tan Sri KPN, beliau mahu seluruh anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan anjakan paradigma agar PDRM kekal sebagai institusi penguat kuasa ulung di negara ini dengan menjadikan keselamatan negara dan masyarakat sebagai fokus utama. Beliau juga menegaskan PDRM perlu akur dengan kehendak rakyat dan harapan kerajaan yang mahukan jenayah dihapuskan.

Bagi mereka yang telah memilih kerjaya ini sebagai profesion, mereka sepatutnya telah bersedia untuk memikul tangunggjawab yang diamanahkan dengan komitmen dan akauntabiliti serta integriti yang tinggi.

R6155087-08162-20170325154-162956647Majlis diteruskan dengan menganugerahkan sijil-sijil penghargaan kepada anggota-anggota PDRM yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), orang awam dan juga warga media yang sentiasa membantu PDRM dalam mencegah kegiatan jenayah. Antara sijil penghargaan yang diberi adalah sijil Anugerah Integriti PDRM dan sijil penghargaan Ketua Polis Melaka yang telah disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Melaka.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat dan Sang Saka Biru. Hadirin di jamukan dengan jamuan minum pagi dan majlis berakhir jam 10.00 pagi. Dikesempatan ini PACSU Cawangan Melaka telah menyumbang sebuah kek sempena Hari Polis Ke 210 kepada PDRM Melaka.

R6155087-08162-20170325154-172618527 R6155087-08162-20170325154-172332606 5 7 R6155087-08162-20170325154-155038960 R6155087-08162-20170325154-171910889 R6155087-08162-20170325154-172713244 R6155087-08162-20170325154-173524872 8-01 R6155087-08162-20170325154-163759784

,