SESI DIALOG TN50 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DENGAN AHLI MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN.

Putrajaya 2/10/2017 : Sesi Dialog TN50 YBhg Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama Ahli Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) telah berlangsung di Dewan Mezzanine, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir YBhg Datuk Hj Azih bin Muda, Presiden CUEPACS dan 3 ahli Majlis Bersama Kebangsaan iaitu MBK Am/Pelaksana, MBK Pengurusan/Profesional dan MBK N, S & T. Dari JPA dihadiri oleh Pengarah-Pengarah JPA dan ahli jawatankuasa pengelola sesi dialog.
Antara intipati TN50 bagi urustadbir antaranya Kerajaan yang efektif dan adaptif, Demokrasi yang matang dan bertenaga serta mengalakan politik yang inklusif, Sektor sosial dan masyarakat yang dinamik dan Perlembagaan negara yang relevan, dijulang dan dihormati.
Aspirasi ahli MBK yang diutarakan dalam sesi dialog ini antaranya:-
1. Generasi muda penjawat awam perlu diberi ruang pekerjaan yang seluasnya
2. Penyeragaman penugasan bagi penjawat awam supaya lebih relevan diera 2050
3. Sistem Saraan Transformatif perlu dizahirkan oleh golongan pekerja
4. Zaman teknologi yang begitu cepat seiring dengan lanskap kerja lebih kehadapan
5. Kesihatan bagi pekerja perlu dititik beratkan
6. Pendidikan yang baik untuk membentuk generasi yang berhemah tinggi
7. Asuhan untuk anak-anak dari peringkat kelahiran hingga 6 tahun perlu disediakan tempat khas untuk penjagaan oleh pihak kerajaan.

WhatsApp Image 2017-10-02 at 12.20.42

WhatsApp Image 2017-10-02 at 13.24.05

WhatsApp Image 2017-10-02 at 13.46.42

WhatsApp Image 2017-10-02 at 13.57.26

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.46 (1)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.46 (2)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.46

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.47 (1)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.47 (2)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.47 (3)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.47 (4)

WhatsApp Image 2017-10-02 at 18.13.47

,