MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-15 (2017) – (MAPPA)

Putrajaya 3/10/2017 : Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Amanat kepada warga penjawat awam seluruh Malaysia di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (2017) di PICC, Putrajaya. Majlis ini berkonsepkan Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50 dimana Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.

PACSU telah dihadiri oleh semua Pegawai Kanan PACSU diketuai oleh Sdra Mahamad bin Bahrum, Presiden PACSU. Antara yang hadir Ketua Polis Negara dan pucuk kepimpinan PDRM. Presiden CUEPACS, Pegawai Tertinggi CUEPACS, Ahli Majlis Kongres CUEPACS, ahli MBK dan lain-lain jabatan dan agensi.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menetapkan enam falsafah dan garis besar haluan perkhidmatan awam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

1. Jelasnya, kerangka maqasid syariah yang dipegang kerajaan mensasarkan kepada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat terbanyak, dengan mengambil kira kemampuan kebertanggungjawaban kerajaan mengikut tiga keutamaan.

“Ia termasuk dharuriyat iaitu di peringkat keperluan asas paling utama, hajiyyat iaitu kehendak dan keperluan umum yang membawa kepada kelapangan hidup tetapi tidak terlalu mendesak dan tahsiniyat iaitu penghias dan pengindah dalam memberi kesempurnaan hidup,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (Mappa) di sini hari ini.

2. Pengukuhan dan pemerkasaan perkhidmatan awam harus memfokuskan kepada rakyat, inklusif dengan penyertaan komuniti dan berbudaya kerja serta perkhidmatan cemerlang dan mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada keutuhan organisasi

3. Prinsip wala’ dan kesetiaan juga menjamin disiplin dan kelancaran dalam organisasi yang menunjangi kerajaan.

4. Penjawat awam seharusnya mempraktikkan budaya kerja di luar kelaziman iaitu bekerja melepasi dan melangkaui tahap keupayaan lazim iaitu di luar lingkungan kotak pemikiran biasa demi hasil yang luar biasa.

5. penjawat awam terus melipat-gandakan usaha dalam melatih diri menjadi multi-tasking, multi-skills dan multi-talented.

6. penjawat awam juga harus merekayasa Malaysia untuk menjadi negara maju dan mencapai pengertian al-Falah iaitu kecemerlangan duniawi serta ukhrawi.

MAPPA mula diperkenalkan sejak tahun 2000 sebagai salah satu platform untuk seluruh penjawat awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi negara melalui amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri.

Ia amat signifikan dalam usaha memartabatkan perkhidmatan awam dan memacu Malaysia kearah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

WhatsApp Image 2017-10-03 at 08.11.18

WhatsApp Image 2017-10-03 at 08.11.19

WhatsApp Image 2017-10-03 at 08.21.40

WhatsApp Image 2017-10-03 at 09.08.10

WhatsApp Image 2017-10-03 at 09.08.43

WhatsApp Image 2017-10-03 at 09.21.10 (1)

WhatsApp Image 2017-10-03 at 09.21.10

WhatsApp Image 2017-10-03 at 09.30.14

WhatsApp Image 2017-10-03 at 10.15.42

WhatsApp Image 2017-10-03 at 10.28.04

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.43.19

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.39 (1)

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.39 (2)

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.39 (3)

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.39

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.40 (1)

WhatsApp Image 2017-10-03 at 11.50.40

WhatsApp Image 2017-10-03 at 12.22.58

WhatsApp Image 2017-10-03 at 12.38.02

,