PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN 2017.

Putrajaya [9/10/2017] : Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 yang bertemakan Sejahtera Negaraku Malaysia telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC). Dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia selaku pihak penganjur turut dihadiri oleh Yg Berhormat Dato’ Sahidan Kasim (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, CUEPACS, PERKESO, AKRAB dan lain-lain agensi. PACSU dihadiri oleh Sdra Mohd Fadli (Setiausaha Agung merangkap Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS), Sdra Firdaus (Bendahari PACSU Negeri Sembilan) dan Sdra Al-Mahadi (AJK PACSU Selangor).

Antara intipati ucapan perasmian antaranya:-

1. Modal Insan Asas Pembangunan Negara akan memenuhi ekspektasi rakyat yang tinggi, penguasaan ilmu, pemupukan budaya cemerlang dan nilai-nilai murni. Diiktiraf oleh The Global Talent Competitiveness Index 2017: Malaysia di tangga ke-28 dunia.
2. Pendekatan Psikologi menangani isu kesihatan mental antaranya pemulihan trauma, program AKRAB, Perkhidmatan Psikologi Kaunseling Komuniti dan Program Return to work PERKESO.
3. Harapan & Ekspektasi penilaian kesihatan mental Penjawat Awam yang berterusan antaranya berfikiran positif, berfikiran matang, pemikiran rasional dan berdaya tahan.

Penceramah yang dijemput khas oleh pihak penganjur antaranya:-

1.  YBhg. Tan Sri Dato’ Dr Nordin Kardi – Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah [tajuk: Kesejahteraan Modal Insan dan Cabaran Masa Depan]

2.  YBhg Dato’ Dr Ismail Alias – Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam [tajuk : Kesejahteraan Psikologi & Sumber Manusia, Ke mana Halatuju?]

3.  YBrs Dr Ruziati Binti Mior Ahamad Ariffin – Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (tajuk :  Kesejahteraan Modal Insan : Apa Peranan Kita?]

4.  YBhg Prof Emeritus Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman – SOAR Consultant [tajuk : Kenali Diri, Kuatkan Jati Diri, Cabaran Ditangani]

5.  YBhg Dato’ Dri Hj Mohd Fadzilah Kamsah – Pakar Perunding Motivasi [tajuk : Keinsanan Dalam Bekerja]

6.  YBhg Tan Sri Zainal Rahim Seman – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia [tajuk : Menerajui Kecemerlangan Modal Insan Masa Depan]

WhatsApp Image 2017-10-09 at 08.58.00 WhatsApp Image 2017-10-09 at 12.05.00 WhatsApp Image 2017-10-09 at 12.05.17 WhatsApp Image 2017-10-09 at 12.06.21 WhatsApp Image 2017-10-09 at 12.06.22 (1) WhatsApp Image 2017-10-10 at 20.05.24

,