MESYUARAT PERSIAPAN PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KPN SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 210 TAHUN 2017

Bukit Aman: Seperti kelazimannya, Perhimpunan Pegawai Awam Bersama Ketua Polis Negara telah manjadi satu aturcara rasmi didalam kelander PDRM. Pada tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penganjur kepada perhimpunan tersebut.

Bagi memastikan perhimpunan ini menjadi satu kenyataan, satu mesyuarat persiapan perhimpunan telah pun diadakan pada 11 Oktober 2017 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat JSJN, Tingkat 3, Menara 2, Bukit Aman yang telah dipengerusikan oleh YDH SAC Sharifah Hawariah binti Syed Idrus (Timbalan Pengarah PPKA) JSJN.

PACSU juga telah dijemput bagi menghadiri mesyuarat pada kali ini, yang mana Presiden PACSU, Timbalan Presiden PACSU, Naib Presiden PACSU, Bendahari Agung dan Pegawai Pelajaran telah hadir bagi mewakili Pegawai Kanan Pusat. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh EXCO PACSU Bukit Aman, EXCO PACSU Kuala Lumpur, Setiausaha PACSU Cawangan Kuala Lumpur dan Setiausaha PACSU Cawangan PULAPOL KL.

,